Showing posts with label kekate hikmah. Show all posts
Showing posts with label kekate hikmah. Show all posts
Thursday, October 8, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

Hikmah puase sunat 6 Syawal

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah S.W.T, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’:

“Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah S.W.T dilupai”.

Tuesday, July 21, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

C.I.N.T.A


"...Jangan tertarik kpd seseorg krn parasnya, sebab keelokan paras dpt mnyesatkan. Jangan tertarik kpd kekayaan nya krn kekayaan dpt musnah. Tertariklah kpd seseorg yg dpt membuatmu tersenyum, krn hanya dgn senyum yg dpt membuat hari2 yg gelap menjadi cerah..."

Cinta itu bisa membuat orang menjadi gila
Cinta itu membutakan segalanya
Cinta itu memerlukan pengorbanan
Cinta itu anugerah dari Tuhan
Cinta itu sabar
Cinta itu murah hati
Cinta itu tidak cemburu

Cinta itu tidak sombong
Cinta itu ada maunya
Cinta itu perasaan yang timbul dari dalam hati kecil yang paling dalam
Cinta itu kejam
Cinta itu sangat romantis
Cinta itu indah sebagai kenangan
Cinta itu pasrah
Cinta itu dusta
Cinta itu menyesatkan
Cinta itu ada timbal baliknya
Cinta itu tak mengenal waktu
Cinta itu tak mengenal kaya maupun miskin
Cinta itu dikenal sejak lahir
Cinta itu takdir
Cinta itu tak bisa dipaksakan
Cinta itu bisa dibeli dengan materi
Cinta itu tak bisa dibeli
Cinta itu perasaan
Cinta tak mengenal perbedaan
Cinta itu membuat kita diam sampai tak bisa berkata apa-apa hanya tangis air mata yang turun dari hati


Cinta itu bagaikan sebuah pesawat, disaat terbang kita senang namun disaat mendarat hati kita bagaikan tersayat seperti ikan yang dipotong

Cinta itu adalah bunga hati yang diberikan oleh yang diatas. Tuhan memberikan kita cinta dan semua ini hanyalah untuk menguji kesiapan mental seseorang untuk ngehadapin apa yang akan terjadi?

Cinta adalah kekuatan yang tak akan pernah ditundukkan, kalau kita berusaha mengendalikannya, cinta akan menghancurkan kita, kalau kita berusaha mengurungnya cinta akan memperbudak kita, kalau kita coba memahaminya, cinta akan meninggalkan kita dalam kebingungan

Cinta adalah penyakit yang tak seorang pun ingin bebas darinya. Mereka yang tertular tak ingin sembuh, dan mereka yang menderita tak ingin diubati


Namun itulah yang dinamakan cinta
Siapakah cinta kita sebenarnya?
Siapakah yang layak mendapat cinta kita?
Hanya Tuhan yang tahu, karana dialah yang satukan kita, biarlah itu menjadi rahasia, biarlah itu menjadi keinginan kita………
Kita menginginkan namun hanya Tuhan yang merestui begitulah cintaku


Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim...tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna. Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.
Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu dan akan menerima dirimu seadanya. Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.


Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan.
Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh. Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya, saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.


Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing.
Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan.

Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa dan jangan sekali-kali melepaskannya.

Thursday, July 2, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

Kaifat Perkahwinan

Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik.

Sabda Rasullah SAW
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: " Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau."


Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:

1.Sebab keturunan
• Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
• Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
• Saudara perempuan seibu sebapa
• Saudara perempuan seibu
• Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
• Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
• Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu)
• Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)

2.Sebab susuan
• Ibu susuan
• Saudara perempuan susuan
• Adik beradik ibu susuan
• Anak saudara perempuan susuan
• Ibu mentua ibu susuan

3.Sebab perkahwinan
• Ibu mentua
• Ibu tiri
• Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
• Saudara perempuan isteri
• Menantu
• Isteri bapa

Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

Syarat-syarat bakal isteri:
• Islam
• Perempuan, bukan khunsa atau pondan
• Bukan isteri orang
• Tidak dalam idah
• Bukan muhrim


Syarat-syarat bakal suami:
• Islam
• Lelaki
• Tidak beristeri empat
• Bukan muhrim

Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.

neway...aku sje je letak topik cm kt ats tu...happy sbnrnye sbb smlm aku ym ngn mmber aku yg skolah kt juasseh dulu...die bgtau yg die nk kawin bln 2 thn dpn...congrats...congrats...


hopefully...what you plan would be a special day for both of u...jgn lupe doakan tuk aku plak (eleh yg rahsia yg aku cite kt ko tu...huhuhu)

"deq...nnti aku kawin ko pkai bj kaler hijau tau..." katanya
"orait.." aku reply

siapalah gerangan bdk yg nk kawin bln 2 ni eh...x sure either that girl inside this pic or not...hehehehe...

Sunday, June 28, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Hadis :

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu? "Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar. "Sabda Rasulullah s.a.w: "Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu! "Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim
Wednesday, June 17, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

NgeEee~~~

1st time aku tgk video ni....ngeeee~ takottt!!! kalo la video ni ditunjukkan kt sesape yg suke mencurik tu...i'm very sure that person will be insaf...adehhh rs cm tgn sendiri je yg kene kerat...acctly...video ni da lame aku dpt dr akak aku...lupe plak nk upload kn kt green carpet aku nih...ade gak yg aku bg kt kengkawan (yg mne aku ade email dorg je la)...

slamat menonton dan insaf...huhuhuhu...renung2kan!!!!

Monday, June 9, 2008 | By: aZfaL!aNa aZiZ

LeLaKi iTu sUsAh.......

Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.


Jika kaum lelaki membaca kisah ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar!!!
Sunday, June 8, 2008 | By: aZfaL!aNa aZiZ

uTk rEnUnGaN bErSaMa

  • Janganlah menuntut terlalu tinggi seandainya diri jelas x berupaya
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri x semulia Rasulullah?
  • Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih x setulus Zulaikha?
  • x perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri x sehebat Sulaiman DAN....
  • x perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri x sekuat Hajar dan Sarah...
renung2kan..slamat beramal..!!!!!!

Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam". ~ Riwayat At-Tabrani ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers