Thursday, July 2, 2009 | By: aZfaL!aNa aZiZ

Kaifat Perkahwinan

Islam telah menggariskan satu perkahwinan yang khusus untuk panduan orang-orang Islam dalam mendirikan rumahtangga bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam memilih isteri, Islam memberi kebebasan kepada kaum lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai dengannya. Islam menganjurkan supaya memilih seorang perempuan yang salih dari keturunan yang ramai anak, berakhlak mulia, dan cantik.

Sabda Rasullah SAW
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W telah bersabda: " Dinikahi wanita itu kerana empat sifat, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama , bahagialah engkau."


Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:

1.Sebab keturunan
Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
Saudara perempuan seibu sebapa
Saudara perempuan seibu
Saudara perempuan dari sebelah bapa ( anak saudara)
Saudara perempuan dari sebelah ibu ( emak saudara)
Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu)
Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)

2.Sebab susuan
Ibu susuan
Saudara perempuan susuan
Adik beradik ibu susuan
Anak saudara perempuan susuan
Ibu mentua ibu susuan

3.Sebab perkahwinan
Ibu mentua
Ibu tiri
Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
Saudara perempuan isteri
Menantu
Isteri bapa

Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.

Syarat-syarat bakal isteri:
Islam
Perempuan, bukan khunsa atau pondan
Bukan isteri orang
Tidak dalam idah
Bukan muhrim


Syarat-syarat bakal suami:
Islam
Lelaki
Tidak beristeri empat
Bukan muhrim

Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.

neway...aku sje je letak topik cm kt ats tu...happy sbnrnye sbb smlm aku ym ngn mmber aku yg skolah kt juasseh dulu...die bgtau yg die nk kawin bln 2 thn dpn...congrats...congrats...


hopefully...what you plan would be a special day for both of u...jgn lupe doakan tuk aku plak (eleh yg rahsia yg aku cite kt ko tu...huhuhu)

"deq...nnti aku kawin ko pkai bj kaler hijau tau..." katanya
"orait.." aku reply

siapalah gerangan bdk yg nk kawin bln 2 ni eh...x sure either that girl inside this pic or not...hehehehe...

0 comments:

Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam". ~ Riwayat At-Tabrani ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers